Sunday, 21 October 2012

TIPS-TIPS MENGHILANGKAN PANAU

Disini terdapat beberapa tips umtuk menghilangkan panau.  Antara tipsnya ialah :

1)  Tumbuk beberapa ketul lengkuas da perah airnya.  Sapu airnya pada kulit yang terkena panau.  Sementara itu, anda juga dinasihatkan jangan memakan lengkuas sepanjang mengamalkan petua ini.

2)  Tumbuk daun pinang hingga lumat da sapukan pada bahagian yang terkena panau.

3)  Tumbuk beberepa daun belimbing hingga lumat.  Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian, tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau dan berkurap.  Lakukan setiap hari sehingga panau dan kurap anda hilang.

4)  Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat.  Amalkan selalu.

5)  Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.  Tempelkan halia ke bahagian kulit muka yang terdapat tompok panau selama 15 hingga 20 minit.  Amalkan selalu.